PAMELA Anderson kembali beraksi di lantai dansa dengan mengikuti sebuah pertandingan menari di sebuah pusat hiburan di California, Amerika Syarikat baru-baru ini. Namun sayang sekali apabila dia menari sambil mabuk sehingga dihalau dari situ.
Artis Hollywood berusia 42 tahun itu memang merupakan salah seorang bintang Hollywood yang suka berpesta di tengah malam. Hal itu dibuktikan dengan penyertaan Pam di majlis pertandingan menari di Guys and Dolls, salah sebuah pusat hiburan terkemuka di California sebelum itu.
Namun Pam disingkirkan dari pertandingan itu kerana dia menari sambil meneguk minuman alkohol. Artis Baywatch itu juga mabuk dan dibawa keluar dari pusat hiburan itu oleh beberapa pengawal yang bertugas di situ.
Sebuah laman web di Amerika Syarikat, Radioonline semalam memaparkan foto ketika Pam ditarik keluar dalam keadaan mabuk sambil memegang kepalanya dan berjalan tertatih-tatih.
Namun demikian para penonton terpukau dengan penampilan Pam yang menari dengan teman lelakinya, Damian Whitehood. Atas 'tarian mabuk' itu, Pam diberi 21 markah oleh juri.
"Dia (Pam) menari dengan brutal sambil mabuk," kata seorang sumber di pusat hiburan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: