Monday, April 19, 2010

Pamela dilanda masalah besar


PAMELA memiliki hutang cukai tertunggak berjumlah RM1.6 juta.


PAMELA ANDERSON dikatakan berhutang hampir AS$500,000 (RM1.6 juta) yang merupakan cukai tertunggak. Bekas model majalah Playboy dan aktres yang mencipta nama menerusi siri TV Baywatch itu telah diminta untuk membayar cukai berjumlah AS$493,144 (RM1.57 juta) pada tahun lalu.

Malah, namanya telah disenaraikan oleh Jabatan Cukai California kerana menjadi antara pembayar cukai yang berhutang melebihi AS$100,000 (RM318,000).

Pamela, 42, dan peguamnya, Robert T. Leonard bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Namun, aktres itu sebelum ini pernah membela dirinya dengan menyatakan ia satu kesilapan.

Katanya: "Kesalahan selalu berlaku semasa mengira cukai tertunggak."

Selain daripada itu, Pamela juga berdepan dengan kes undang-undang di New York apabila syarikat pakaian Amerika Syarikat, Maggy London International mengambil tindakan undang-undang ke atas jenama pakaian ciptaan Pamela.

Syarikat itu menyatakan Pamela tidak mempedulikan permintaan mereka untuk menukar label pakaiannya, A*Muse yang dilancarkan awal tahun ini.

Bagi mereka, label itu menyerupai jenama pakaian mereka, Muse yang telah didaftarkan pada tahun 2002.

Tahun lalu, Pamela juga dikhabarkan berdepan dengan masalah kewangan selepas sebuah syarikat kontraktor menyatakan aktres itu berhutang sebanyak AS$1 juta (RM3.18 juta) selepas mengubah suai rumahnya di Malibu, California.

1 comment:

  1. kkkaaahhhpppuuuiiitttApril 19, 2010 at 9:21 AM

    tak habis2 kes dia... ari tu kena booted out dari dance competition sebab mabuk.... now ini plak...
    artis2 barat nyer kes lagi teruk dari artis timur...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: