Tuesday, April 20, 2010

Miley Dilarang Tinggal Bersama Kekasih

Miley dan Liam ketika tayangan perdana filem The Last Song baru-baru ini di Los Angeles.

BINTANG filem Hannah Montana, Miley Cyrus merancang untuk tinggal serumah dengan kekasihnya, Liam Hemsworth. Mereka akan tinggal serumah setelah Miley pindah ke rumah barunya pada November depan.

Cinta mereka berputik setelah Miley dan Liam digandingkan dalam filem The Last Song pada tahun lalu. Walaupun penggambaran filem itu telah berakhir, Miley tidak boleh dipisahkan dengan aktor berasal dari Australia itu.

Menurut Contact Music, Miley mahu berpindah ke pangsapurinya di Los Angeles ketika usianya genap 18 tahun dalam tahun ini. Sebelum ini, Miley didakwa akan bernikah dengan Liam pada umur yang sama.

Tetapi ibu bapa Miley, Billy Ray dan Tish Cyrus bimbang dengan rancangan puteri mereka itu kerana pasangan itu masih muda untuk hidup bersama.

Kata seorang sumber, Miley seperti berada di syurga ketujuh apabila orang tuanya mengizinkan untuk memiliki tempat tinggal sendiri.

Walaupun mengizinkan, orang tua Miley tidak akan membiarkan anak mereka tinggal bersama kekasihnya begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: