Monday, April 19, 2010

Masih terkejut kena 'boo' peminat pada malam anugerah



Dulu anak jati Felda Taib Andak ini pernah meraih populariti yang tinggi sehingga diberi jolokan sebagai Raja SMS. Malah kemunculannya sentiasa dinanti-nantikan ramai peminat yang tidak mengenal usia dan golongan. Namun, kini semuanya berubah, malah aura bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga itu dilihat semakin suram.

Entah di mana silapnya, Asmawi Ani, 28, atau lebih popular dengan gelaran Mawi hanya mampu melemparkan senyuman pahit tatkala dirinya di ‘boo’ penonton sebaik namanya tidak terpilih sebagai juara bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands, 4 April lalu.

“Saya sebenarnya tidak memandang serius tentang perkara ini. Bagi saya ia adalah cabaran dan dugaan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Bahkan, segala yang berlaku lebih mematangkan saya untuk menempuh dugaan yang lebih berat yang mungkin akan pada berlaku bila-bila masa.

Suami kepada pelakon, Nora Asyikin Rahmat atau Ekin ini mengaku cukup tersentuh dengan perkara itu dan menganggap mungkin kurangnya penghasilan lagu yang mendapat tempat pada hati peminat menjadi faktor tercetusnya hal berkenaan.

“Mungkin ini adalah kesan sampingan. Saya sedar, pada tahun lepas langkah saya agak perlahan bahkan tiada produk dan lagu yang ‘meletup’ dikeluarkan untuk peminat.

“Tipulah jika saya kata tidak terkejut dengan situasi itu. Betul, saya benar-benar tidak sangka dan terfikir perkara ini akan terjadi tetapi bagi saya, jika mengalami perkara serupa lagi, sekurang-kurangnya saya lebih kuat dan tabah,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media Anugerah Industri Muzik yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PICC), 2 Mei depan.

sWalau banyak dugaan yang dihadapi akhir-akhir ini, namun Mawi tidak patah semangat untuk terus berusaha serta belajar menghasilkan karya-karya yang berkualiti. Tambahan pula, dia kini sibuk menguruskan penggambaran telemovie baru berjudul ‘Hikmah Seruan Nami’.

Penggambaran drama 13 episod yang bakal ditayangkan di Astro Prima itu melibatkan beberapa lokasi di Malaysia dan juga Korea.

Bagi Mawi, penghasilan telemovie dan drama menerusi syarikatnya, Mawi World Entertainment Sdn Bhd (MWESB), itu bukan sesuatu yang dicipta untuk meraih kembali sokongan peminat, tetapi sebagai persiapan untuk masa depannya.

Apatah lagi dia menyedari karier sebagai artis bukannya mampu bertahan lama dan ada pasang surutnya.

“Usaha ini bukanlah untuk meraih kembali sokongan tetapi ia adalah cita-cita saya sejak dulu lagi sebelum menjejakkan kaki ke dalam industri ini.

“Saya masih terus berada dalam bidang seni suara. Malah, kini saya dalam usaha mencari single terbaru yang akan meninggalkan kesan pada hati peminat.

“Bila minat itu ada, kita akan cuba buat sesuatu yang terbaik untuk disampaikan kepada masyarakat, bukan niat untuk menunjuk-nunjuk atau sebaliknya,” katanya yang tidak mahu tergesa-gesa dalam menghasilkan sesebuah produk baru.

21 comments:

  1. kkkaaahhhpppuuuiiitttApril 19, 2010 at 9:16 AM

    yang sudah tu sudah... dah habis dah.. nak terkejut mender lagi.... sekarang, yang pasti kau kena cuba pikat peminat2 kau sekali lagi... susah nie. sebab kalau sekali peminat tu dah tak suka, mungkin apa sahaja kau buat dorang tetap tak suka... so.. cuba tackle peminat baru lak...

    popularity kau dah turun sebab dengan mudahnya kau dikalahkan dengan pendatang baru.... tengok je si Siti and some other artis... tak pula mudah jatuh sebab dorang pandai jaga hati peminat walaupun lagu2 mereka makin kurang diminati

    ReplyDelete
  2. ermm.. aku ingat si mawi ni bolehlah gantikan siti.. tapi rupanya haram.. tak le pakai.. cepat nau jatuhnya.. kesihan ko mawi huhuhu..

    ReplyDelete
  3. cepat naik......cepat lah jatuhnya

    ReplyDelete
  4. yup.... aku setuju...
    naik terlalu xpress....xda cabaran langsung.
    cam siti bru power..
    bagi saya, xkan ada artis m'sia yang mampu ganti tmpt siti.......

    ReplyDelete
  5. peminat tak suka kau kott..tu pasal kena booo.. he he dulu aniaya ina, dpt ikin tu ..bagus sgt ke???? harap kebahagian ina dan suami berkekalan. Amin

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kau tersingkir dari Prelude Akademi Fantasia 3 dulu, aku adalah antara peminat yang berusaha keras agar ko masuk semula. Dah ko masuk, aku undi2 dan undi sampai la ko berjaya dapat juara. Puas hati aku dapat tengok kejayaan anak Felda yang merendah diri masa mula2 dulu. Tapi lepas ja nama dah naik, glamer dan popular mendadak, ko semakin tamberang, berlagak... Paling aku sakit hati, tunang mu yang setia itu ko tinggalkan semata2 mau cari awek2 yang cantik2. Dah glamer la katakan. Tak mau lagi idup ala2 kampungan. Ina gadis kampung tu pun ditinggal, dapat bini cantik yang taraf star. Dan sekarang, bila ko dah jatuh, baru ko terhegeh2.. baru ko bingung napa kena booo... Baru terhegeh2 mau cari peminat balik. Ambik mu.. Makin meluat suda aq tengok org kampung yang lupa diri. Luahan aku ini adalah satu jawapan sebab napa peminat dah kerek tengok ko ni... Bila2 masa ada majlis anugerah, aku adalah antara peminat yang akan booooooooooo sekali lagi ..

    ReplyDelete
  7. salam...satu kesilapan besar Mawi adalah tidak berfikir matang dan panjang dan mudah lupa diri.Ingatlah jasa peminat yg menaikkan nama kau sehingga mengatasi semua artis lain dalam sekelip mata.Peminat tidak minta dibalas dgn wang ringgit...cukuplah kau hargai dengan ketekunan memperbaiki kualiti suara sebagai penyanyi dan buktikan yg kau mmg ikhlas menjadi penghibur bukan asyik bercerita ttg bini,ttg perniagaan peribadi dan lain-lain yg tidak berkaitan dgn jasa peminat....moga kau sedar dari mimpi dan bangun semula dan gigih sebagaimana kau blm bergelar artis...kemewahan yg kau miliki tkkn kekal lama jika tidak dicari dan ditambah...

    ReplyDelete
  8. tu ler...kalau dh budak kg tu...mana2 g pon mmg kg gak... tak payah nak berlagak bdk bandar.. tempat jatuh lagi di kenang, ni kan plak tempat BERANAK...

    ReplyDelete
  9. i yg tk penah2 ngundi pun AF tu blh ngundi jgk la kt dia ni dulu...tup...tup...sian i

    ReplyDelete
  10. Dulu aku undi sbb KESIAN tenguk dia, rumah kayu , badan kurus, aku rase sume org yg sokong die pown camtu gak, KESIAN!!..dah tu dgr dah tunang gadis kat kampung pilihan org tua, aku rase lebih lagi SOKONG sbb dah bertunang . Teringin tenguk dia berjaya dan jugak nak tenguk dia kawin lak ngan 'tunang' dia tu , sudah tentu hebatnye!! tapi apa jadi member dapat Kejutan Budaya glamor, lupa asal kampung , jadilah citer bertunang org lain kawin org lain.. sekrg dah jadi org bandar, dulu mula tenguk dia KESIAN naga pakain buruk je sekarang pakaian mahal2 ngan cermin mata hitam sangkut kat dahi .. siapa yg bagi sume tu, PEMINAT LE! tapi apa kau bagi kat peminat, bagi tau ada Bisness juta2, tayang rumah besar, kepit bini sana sini, apetah lagi kau nak tunjuk kekayaan yang diberi olih peminat Raja SMS ni? entahla..
    Semuga Ina hidup dalam bahgia bersama suami tercinta juga anak kesayangan merika!

    ReplyDelete
  11. aku x nak komen..aku x minat mawi

    ReplyDelete
  12. tu la kau!lupa diri!kau patut rasa brtuah ada fan boo,tu tandanya doang masih igt lg kat kau..bagi ko sedar sikit.

    ReplyDelete
  13. aku x pernah minat kat mawi pun .. huhu.. booooooooooo..

    ReplyDelete
  14. aku pun..so nak booooooooo gak lar...hahahahaha

    ReplyDelete
  15. booooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  16. Aku tak brape suka ngan mawi ni pasai dia menang dgn sokongan peminat sepatutnya melalui undian juri profesional

    ReplyDelete
  17. ko mmg dh berubah sgt... belagak.. padan muka kena boo

    aku bdk felda

    ReplyDelete
  18. aku plak mcmni, aku tk tgok pun af. aku celik mata bila mawi dijulang sbg juara. Lebh menguatkn lagi dia ank felda mcm aku. aku amat bangga dgn mawi. tp malang kebanggaan aku menjunam slpas mawi lupa diri. Dh jijik dgn budk kampg bekas tunangnya. Ina ditinggalkan. lps tu aku tkleh dengar nama mawi n dh tk fokus pada af.

    ReplyDelete
  19. aku pom same,benci tahap dewa kt natang ni... dasar jantan x sedar diri....booooooooooooo

    ReplyDelete
  20. Dulu aku minat sgt kat die tp aku mula meluat lpas die lupa diri sampai lupe dah bertunang, sanggup tinggalkan Ina, yela mungkin sbb Ina budak kampong mana padan kawin ngan JUARA popular dah kaya raya... ni sume kerana peminat2 yg dah bnyk duit habis kayakan die .. Kini,..aku pon nk boo die gaklak...boooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!..

    ReplyDelete
  21. mawi..mawi...mawi...mawi..mawi..mawi..mawi..mawi..mawi..meluat...heheheh..
    kesian dia..tp tak pa belajar ler dr ksilapan..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: