|
|
SHAH ALAM - Malang menimpa dua beranak apabila kedua-duanya lemas selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki terjunam ke dalam longkang besar di simpang tiga Jalan Plumbum 7/100, Persiaran Permai, Seksyen 7 di sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila kereta yang dinaiki P. Kanagapusanam, 34, bersama ibunya, M. Kamalam, 56, bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Legenda 110 yang ditunggang oleh seorang lelaki sebaik tiba di lokasi kejadian.
Ekoran itu, kereta yang dipandu Kanagapusanam dipercayai gagal dikawal sebelum terjunam lalu tenggelam ke dalam longkang yang dipenuhi air sedalam tiga meter.
Difahamkan, kedua-dua beranak dari Seksyen 18 di sini itu lemas selepas gagal keluar dari kereta kerana tersepit.
Penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 20-an yang masih belum diketahui identiti pula cedera parah selepas merempuh penghadang longkang tersebut.
Sebelum kejadian, Kanagapusanam baru sahaja menjemput ibunya yang berkerja sebagai tukang cuci di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Midlands yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kemalangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa menghala ke arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini dari Seksyen 7.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: