Wednesday, April 21, 2010

Lagi CD jejas imej Sultan Kelantan


TENGKU Ahmad Zahari menunjukkan laporan polis dan CD berunsur hasutan terhadap Sultan Kelantan di Balai Polis Kubang Kerian semalam.


KOTA BHARU - Seorang kerabat terdekat Sultan Kelantan bertindak membuat laporan polis selepas mendakwa menerima cakera padat (CD) yang mengandungi unsur hasutan dan merendahkan imej institusi diraja Kelantan semalam.

Tengku Ahmad Zahari Tengku Abd. Kadir, 77, yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Kerabat Diraja Kelantan membuat laporan itu di Balai Polis Kubang Kerian pada pukul 11 pagi bersama seorang lagi ahli persatuan.

Menurut beliau, CD tersebut telah diletakkan di dalam peti surat rumahnya di Taman Permai, Jalan Raja Perempuan Zianab II, Kampung Demit dekat sini.

Selain kulit CD itu ditulis dengan perkataan Penderhaka Sultan, ia juga meletakkan gambar Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam, Datuk Shukri Mohamad.

"Ketika saya hendak keluar ke tempat kerja pada pukul 7.30 pagi, saya ternampak CD tersebut di dalam peti surat dan saya terus memasangnya selepas curiga melihat tajuk pada kulitnya.

"Saya terkejut kerana kandungan CD itu penuh dengan unsur hasutan, menghina imej dan maruah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra," kata beliau yang mendakwa merupakan dua pupu dengan Sultan Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: