Sunday, April 11, 2010

Kena "boo" , Mawi dah tak popular?




Dalam ABP minggu lalu, Mawi langsung tidak dapat anugerah. Dah tak popular ke?

Mawi: Saya memang dah agak yang saya tak akan dapat apa-apa anugerah. Saya pun sudah merasakan yang ada orang lain akan pegang anugerah Penyanyi Lelaki Popular. Tak apalah, saya tak kisah dengan kekalahan itu.

Mungkinkah ada isyarat yang tidak baik terhadap kekalahan itu, yalah, sebelum ni Mawi selalu menang.

Mawi: Kalau kita tengok pembabitan Faizal Tahir dan Aizat (yang turut tercalon katogeri berkenaan), mereka bekerja kuat sepanjang tahun lepas. Dia orang muncul dengan single terbaru, buat persembahan bersama dan banyak lagi aktiviti yang mereka sertai. Saya pula tak macam tu. Jadi tidak hairanlah dua nama ini memang dijangka bersaing hebat berbanding saya. Sebab itulah wajar salah seorang dari mereka yang menang.

Artis Paling Popular kembali kepada Siti Nurhaliza, tidakkah ini menggambarkan Mawi sudah hilang aura?

MAWI: Saya dah dapat anugerah ini sebanyak tiga kali. Lepas tu saya tewas di tangan Nabil (tahun lepas). Kemudiannya Datuk Siti rampas semula. Apa yang saya lihat, pada tahun lepas Siti ada banyak aktiviti. Dia ada album dengan Krisdayanti dan macam-macam lagi. Saya bukan tak buat kerja untuk bersaing dengan dia orang, tetapi mungkin aktiviti mereka itu lebih daripada saya.

Bukankah ia menunjukkan Mawi mula jatuh. Jatuh dengan mendadak maksud saya.

Mawi: Benda-benda yang macam ni saya dah bersedia dari awal lagi. Saya percaya dengan cakap orang iaitu kita tidak selamanya berada di atas. Suatu hari akan berada di bawah juga.

Mawi boleh terima dengan kejatuhan ini?

MAWI: Ya... saya boleh terima. Buat apa nak takut. Tapi saya percaya saya masih lagi ada ramai penyokong. Pengalaman saya buat persembahan di luar bandar, memang ramai yang memberi sokongan kepada saya. Sokongan yang tidak berbelah bagi. Lagi pun kita kena ingat, sekarang ni ramai artis. Jadi tumpuan peminat itu akan sentiasa berubah.

Dalam majlis itu juga Mawi kena sorak, siap kena "booo" lagi, apa perasaan?

Mawi: Dalam dewan malam tu bukan ada peminat Mawi seorang. Peminat artis lain pun ada juga. Masa orang sebut nama saya, ramai juga yang menjerit tapi tak kuat la sebab peminat saya tak ramai. Cuma puak yang "booo" lagi ramai. Nak buat macam mana?

Tak rasa terhina?

Mawi: Saya ambil perkara tu sebagai satu benda yang positif. Ia adalah asam garam jadi artis. Bukan masalah besar pun. Cuma pada pendapat saya, kalau tak suka tak payah la "booo". Saya tertanya- tanya juga apa salah saya ni? Aku ni banyak skandal ke sampai orang nak "booo"? Yalah... benda macam ni nak halang pun tak boleh. Sebab tu saya tak kisah.

Apa reaksi Ekin bila tengok suami dia kena macam tu?

Mawi: Dia rileks je. Bagi dia itu situasi yang baru. Dia ada juga tertanya-tanya kenapa orang "booo" laki dia (ketawa). Saya cakap dekat dia. Biarlah orang nak "booo". Itu bermakna orang tak suka la. Yang penting saya dah bersedia dengan keadaan yang macam ni. Suatu ketika dulu saya dah rasa orang menjerit macam nak runtuh dewan, panggil nama saya. Sekarang pengalaman lain pula. Apa salahnya?

Apakah persediaan Mawi menempuh zaman yang suram macam ni?

Mawi: Saya faham rezeki sebagai seorang penyanyi tu tidak mudah kerana hari ini terlalu ramai artis baru lahir. Sebab itulah saya beralih kepada bisnes penerbitan drama di bawah Mawi World. Setakat ini saya sudah terbitkan tiga buah drama. Syukurlah bisnes ni yang banyak membantu saya sekarang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: