|
|
LONDON - Sokongan terhadap parti politik ketiga terbesar di Britain, Parti Liberal Demokrat melonjak dalam tinjauan terbaru di negara berkenaan yang dikeluarkan semalam, beberapa minggu sebelum pilihan raya umum pada 6 Mei depan.
Peningkatan itu, menurut beberapa penganalisis politik dan keputusan kaji selidik berlaku ekoran persembahan meyakinkan pemimpinnya, Nick Clegg (gambar) pada debat antara pemimpin politik Britain yang pertama kali disiarkan di televisyen Khamis lepas.
Pada debat itu, Clegg berdebat dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown yang juga pemimpin Parti Buruh dan Ketua Parti Konservatif, David Cameron.
Brown yang kini berusaha untuk memastikan Parti Buruh kekal berkuasa selepas memerintah Britain selama 13 tahun mengakui beliau kalah pada debat tersebut.
Tinjauan agensi BPIX dalam sebuah akhbar Britain semalam mendapati sokongan kepada Liberal Demokrat meningkat 12 peratus sejak seminggu lalu
Ekoran tinjauan itu, Clegg menyatakan, terdapat sesuatu yang menguja telah berlaku dalam sistem politik Britain.
Sejak 100 tahun lalu, terdapat dua buah parti yang silih berganti memerintah Britain iaitu Konservatif dan Buruh.
"Sejumlah besar orang kini mula mempercayai apa yang kita boleh lakukan sesuatu yang berbeza pada kali ini," kata Clegg kepada stesen televisyen Sky News.
"Saya berpendapat sejumlah besar orang mula berharap bahawa satu perubahan sebenar dan keadilan benar-benar berlaku di Britain," tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: