Tuesday, April 20, 2010

KD Nafi Ibu Sakit Kerana Kisah Cintanya

KESIHATAN ibu penyanyi Indonesia, Krisdayanti (KD) dikatakan semakin teruk disebabkan masalah rumah tangga anak-anaknya. Salah satunya melibatkan soal percintaan KD dengan Raul Lemos. Namun dakwaan itu dinafikan oleh KD.

Semalam, penyanyi lagu Aku Wanita Biasa itu menghantar ibunya, Rachma Widadiningsih bertolak ke Australia. Khabarnya, Rachma ke negara itu untuk mengubati penyakit stroknya yang semakin parah akibat kisah cinta KD-Raul.

"KD ke Australia bukan disebabkan untuk mengubati penyakit ibunya tetapi kerana mahu menghantar ibunya ke rumah adik KD," ujar Elsie kepada detikhot.

KD tidak lama berada di sana kerana selepas menghantar ibunya ke Australia, dia terus pulang seorang diri ke Jakarta.

"KD akan pulang terus nanti kerana dia hanya menghantar ibunya sahaja," jelasnya lagi.

Rachma Widadiningsih menghidap strok sejak Ogos 2008. Ketika itu, dia banyak memikirkan tentang masalah rumah tangga dua anaknya iaitu penyanyi Yuni Shara dan KD. Namun kedua-duanya menafikan ibu mereka diserang strok setelah melihat rumah tangga mereka hancur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: