Wednesday, April 21, 2010

Jurugambar Utusan catat sejarah


Mohamed Hashim (empat dari kiri) menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika menyambut ketibaan Mohd. Noor (tengah) di Gerbang Timpohon semalam.


KUALA LUMPUR - Pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin, 42, melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama menawan Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari semalam.

Beliau berjaya menamatkan pendakian terakhir tepat pukul 11.50 pagi di Gerbang Timpohon selepas memulakan pendakian bersama jurupandu, Safrey Sumping pada pukul 12 tengah malam.

"Saya bersyukur kerana berjaya menyempurnakan pendakian ini. Kejayaan ini bukan untuk saya sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia yang percaya akan kemampuan anak tempatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketibaan jurugambar Utusan Malaysia itu dalam Projek Pendakian Solo 1Malaysia disambut oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr. Kassim Mansor dan Penolong Ketua Pengarang I Utusan Malaysia, Zaini Hassan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: