Tuesday, April 27, 2010

JKSB pemilik konsesi 45 tahun


LAKARAN artis menunjukkan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dijangka siap menjelang 2013.


KUALA LUMPUR - Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di tanah besar dijangka mengurangkan 20 peratus daripada kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.

Buat masa sekarang, kadar purata kenderaan yang melalui jambatan tersebut ialah 100,000 unit setiap hari.

Menurut Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Datuk Prof. Ir. Dr. Ismail Mohamed Taib, projek tersebut telah mula dibangunkan dan status pembinaannya ialah kira-kira 24 peratus.

"Ia dijangka siap pada 8 September 2013 dan bakal memulakan operasi dua bulan kemudian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara JKSB dengan Chec Construction (M) Sdn. Bhd. (Chec Construction) dan UEM Builders Bhd. (UEM Builders) untuk membina jambatan tersebut yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin di sini semalam.

JKSB diwakili oleh Ismail, manakala Chec Construction dan UEM Builders masing-masing diwakili Pengarah Urusannya, Sun Liang dan Datuk Ridza Abdoh Salleh.

JKSB telah dilantik sebagai pemilik konsesi Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM4.5 bilion itu untuk tempoh 45 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: