WHITNEY Houston, 46, keluar dari hospital dan menyangkal laporan bahawa dia kembali menagih dadah.
Penyanyi terkenal itu mencetuskan kebimbangan orang ramai tentang kesihatannya selepas terpaksa membatalkan satu siri konsert di Eropah.
Ini ekoran masalah pernafasan. Dia dikejarkan ke hospital di Paris untuk mendapatkan rawatan.
Media melaporkan khabar angin bertiup kencang bahawa Houston kembali menagih dadah.
Bagaimanapun, dia menegaskan, alergi adalah punca utama masalah kesihatan dan bukan disebabkan oleh penagihan dadah.
Sambil menyifatkan berita dia menggunakan dadah sebagai tidak masuk akal, Houston berkata, dia tidak akan memberikan apa-apa reaksi malah tidak akan membacanya.
"Saya bersedia untuk menyambung semula siri konsert di Birmingham, England pada 13 April ini. Saya lakukan apa yang saya suka iaitu menyanyi.
"Yang paling menggembirakan ialah dapat berjumpa dengan para peminat saya dari seluruh dunia," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: