KUALA LUMPUR - Buang anak-anak sendiri gara-gara cinta pengkid! Itulah yang berlaku kepada seorang ibu berusia 50 tahun akibat penangan asmara seorang pengkid berusia 23 tahun yang terjalin sejak beberapa bulan lalu.
Anak sulungnya, Nuruljannah Abdul Halim, 27, yang merupakan seorang pelakon baru berkata, segala-galanya bermula sejak ibunya mengambil pengkid itu bekerja di butik keluarga mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru kira-kira dua tahun lalu. Ketika itu hubungan mereka tidak lebih sekadar majikan dan pekerja.
"Pada mulanya kami empat beradik sangka hubungan mama dengan pengkid itu hanyalah antara majikan dengan bekas pekerja. Lagi pun pengkid itu bekerja dengan mama sejak dua tahun lalu.
"Tetapi lama-kelamaan hubungan mereka berdua semakin intim.
"Setelah kami siasat, kami mengesyaki mama dan pengkid itu mempunyai hubungan sulit dan pengkid tersebut telah memperdayakan mama menggelapkan wang syarikat untuk kepentingan peribadinya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: