Tuesday, April 6, 2010

Ganjaran RM500,000 Untuk Pelanggan Setia Kenny Rogers ROASTERS

Para pemenang kempen ROASTERS Reward.

KUALA LUMPUR: Kenny Rogers ROASTERS (KRR) memulakan tahun baru dengan menghadiahkan kepada pelanggan setianya menerusi kempen ROASTERS Reward.

Sejak dilancarkan pada 11 Januari lalu, sebanyak RM500,000 nilai ganjaran telah diberikan kepada lebih 50,000 pelanggan melalui kredit ROASTERS Reward.

Pelanggan perlu membelanjakan RM60 dalam satu bil untuk layak menerima satu kad ganjaran itu yang mencapai nilai sehingga RM1,000 pada satu-satu masa.

Pemenang kad tersebut boleh menggunakan kredit itu apabila mereka membuat pesanan melalui telefon untuk membuat pesanan.

Pengurus Kanan Jenama Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Esther Woo berkata: "Kami kagum dengan respons yang diberikan, pelanggan berbelanja lebih untuk mendapatkan lebih banyak kad ROASTERS Reward.

"Kami berbangga dapat memberikan ganjaran kepada pelanggan setia pada awal tahun."

Salah seorang pelanggan, Hakimas Mohd Hanafi mendapat kad bernilai RM1,000 apabila menjamu selera di restoran jenama Amerika Syarikat itu baru-baru ini.

"Saya amat teruja memperoleh ganjaran tersebut lalu membelanja ahli-ahli keluarga di rumah - saya buat panggilan untuk memesan KRR. Saya benar-benar suka makanan ini kerana ia sedap, harga berpatutan dan ia adalah makanan menyihatkan badan untuk kami sekeluarga," katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang KRR dan promosi akan datang, hubungi 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my .

Hubungi 1300-888-878 untuk membuat pesanan dan makanan dihantar ke rumah anda.

Masa penghantaran adalah dari 11.30 pagi hingga 10 malam setiap hari. Khidmat penghantaran boleh didapati dalam lingkungan 5 kilometer radius dari beberapa restoran terpilih di Lembah Kelang, rantau utara, rantau selatan, pantai timur, Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: