Wednesday, April 7, 2010

Fergie Kecewa Digelar ' Si Hodoh'

Penyanyi, Fergie (The Black Eyed Peas) membuat persembahan di The Staples Center, Los Angeles baru-baru ini.

FERGIE, penyanyi lagu 'Glamorous', kecewa dengan pengkritik yang melabelkannya 'si hodoh' suatu ketika dulu.

Penyanyi The Black Eyed Peas berusia 35 tahun itu mengecam mereka yang mengkritik wajahnya.

Media melaporkan Fergie menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga kecantikan wajahnya.

"Hati saya pernah dilukai apabila mereka berkata betapa hodohnya saya.

"Tengok, apabila anda perlu mengendalikan banyak hal dalam hidup anda, kadang-kala anda mungkin tidak kelihatan sempurna," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: