Friday, April 9, 2010

Dilema selebriti benarkah rumah tangga dikatakan mudah goyah?

Sebagai orang popular, ke mana sahaja pergi pasti ada yang memandang. Dari sisi negatif, perhatian yang diberi lebih menjurus kepada membongkar cerita negatif kehidupan seseoarang artis lebih-lebih lagi yang telah mendirikan rumah tangga.Awalnya, cakap-cakap mengaitkan artis A dengan suami artis B hanya berdengung di kolum gosip kecil sisipan akhbar. Tidak habis di situ, penyebaran gambar-gambar mengaitkan hubungan itu di Internet, reaksi pihak telibat, berbalas kenyataan melazatkan lagi kisah yang penghujungnya menyaksikan berlakunya penceraian.

Secara mata kasar, ramai yang mampu membuat telahan terhadap masa depan rumah tangga seseorang selebiriti merujuk kepada cerita-cerita semasa artis terbabit.

Pelakon yang sudah bergelar suami terpaksa memeluk pelakon wanita jelita manakala pelakon wanita yang juga suami orang perlu selamba tidur sekatil dengan ‘suami’ dalam drama lakonannya. Biarpun itu dikatakan kerja, tanggung jawab, bidang tugas sebagai pelakon, dugaan besar sebenarnya menanti mereka. Apa reaksi suami atau isteri selebriti terbabit, hanya mereka yang tahu.

Pengerusi Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abdul Ralip pergaulan bebas dalam dunia hiburan antara faktor yang membawa kepada permasalah rumah tangga mereka. Gaya hidup sebegini kadangkala memungkinkan kehadiran orang ketiga yang seterusnya memusnahkan kehidupan bersama pasangan.

Tidak kurang juga, kes perceraian selebriti yang menamakan kegagalan pasangan memahami kerjaya mereka menyebabkan hubungan kian renggang dan akhirnya masing-masing merasakan perpisahan adalah jalan terbaik.

“Ada juga artis yang berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa. Jika ini pilihan mereka, sekurang-kurangnya asas didikan agama diperlukan. Paling penting, komunikasi dalam rumah tangga sangat penting agar hubungan suami isteri tidak kira sama ada selebriti mahu pun orang biasa terjalin dengan harmoni,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: