Monday, April 26, 2010

Britain minta maaf kepada Pope


POPE BENEDICT XVI


LONDON - Gara-gara ingin bergurau, beberapa pegawai Pejabat Luar Britain menyebabkan negara berkenaan mendapat aib.

Kerajaan Britain terpaksa memohon maaf kepada pihak gereja Vatican setelah pegawai-pegawai berkenaan mengedarkan memo gurauan yang mengejek lawatan ketua penganut Roman Katholik, Pope Benedict XVI ke negara itu pada September depan.

Kandungan memo itu yang didedahkan sebuah akhbar semalam antara lain menyatakan, sempena lawatan beliau ke Britain, Benedict XVI boleh melancarkan produk kondom jenama Benedict, menaja pertandingan ratu cantik bikini atau berduet bersama Ratu Elizabeth II untuk tujuan amal.

Memo itu dihantar ke beberapa pejabat kerajaan Britain termasuk Pejabat Perdana Menteri Britain.

Kandungan memo ditulis pada bulan lalu semasa sesi lampas otak Pejabat Luar mengenai cadangan aktiviti Benedict XVI semasa beliau berada di Britain.

Dalam percubaan untuk meredakan ketegangan akibat kontroversi itu, Duta Britain di Rom, Francis Campbell menemui pihak Vatican pada Jumaat lepas bagi memohon maaf secara rasmi kepada Benedict XVI.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: