Wednesday, April 28, 2010

AKPK kendali hutang peminjam RM4 bilion

PETALING JAYA - Sebanyak 40,809 individu yang menanggung hutang atau pinjaman yang bernilai kira-kira RM4 bilion telah mengikuti program pengurusan kredit kelolaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sehingga bulan lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan, statistik tersebut diperoleh melalui jumlah pinjaman bertempoh, rumah, kereta, pinjaman peribadi, pembiayaan margin saham dan hutang kad kredit kumpulan berkenaan.

Jelasnya, dalam tempoh yang sama, sebanyak 77,001 individu telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada agensi berkenaan untuk menguruskan kewangan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: