Tuesday, April 27, 2010

4 Geng Subuh berputih mata


PENJENAYAH yang cedera ditembak diusung keluar dari kawasan hutan perumahan A 'Famosa Resort di Alor Gajah, Melaka semalam.


ALOR GAJAH - Empat penjenayah Geng Subuh bukan saja tersilap sasaran memilih rumah untuk dirompak malah terpaksa berputih mata apabila tidak mendapat sebarang habuan.

Lebih malang lagi, salah seorang rakan penjenayah itu yang cedera ditembak ditahan selepas ditemui mengerang kesakitan di dalam semak kerana ditinggalkan oleh rakan-rakannya.

Sebelum itu, sekumpulan empat penjenayah warga Indonesia telah menceroboh masuk ke rumah banglo milik Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bahagian Taboh Naning, E Lai Choon, 60, di pusat peranginan A 'Famosa Resort di sini.

Sebelum pemilik rumah itu terjaga daripada tidur pada pukul 5 pagi semalam, kumpulan penjenayah terbabit dipercayai telah lama berada di dalam rumah ahli perniagaan itu berdasarkan penemuan tin minuman keras yang berselerak di dapur.

Pada hari kejadian itu, Lai Choon berkata, dia dan isteri sampai ke rumah pada pukul 2 pagi selepas pulang daripada pertandingan karaoke di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ketika itu, dia tidak mengesan ada kesan pecah masuk ke rumahnya sebelum naik tidur di tingkat atas.

Turut mendiami kediaman mewah itu ialah anak lelaki Lai Choon dan menantu serta seorang cucu lelaki berusia dua tahun.

"Tiga jam kemudian saya terjaga setelah terdengar suara cucu menangis di bilik berhadapan dengan bilik saya.

"Di sebalik tangisan itu saya terdengar suara lelaki menengking di bilik tidur anak saya itu," cerita Lai Choon ketika ditemui di rumah itu semalam.

Ahli perniagaan itu memberitahu, lelaki tersebut berkata: "Jangan lawan nanti aku bunuh kamu."

Dia yang tidak sedap hati dengan suara lelaki asing itu kemudian mencapai senapang patah di bawah katil dan terus mengisi empat butir peluru.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: