Thursday, April 1, 2010

30 penerima sulung Biasiswa Nasional




KUALA LUMPUR - Seramai 30 pelajar paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang mendapat keputusan A+ bagi semua mata pelajaran diumumkan sebagai penerima Biasiswa Nasional 2010 yang diwujudkan buat pertama kali.

Mereka akan berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

Senarai penerima biasiswa itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan petang semalam.

Biasiswa itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2010 di Parlimen pada Oktober lepas sebagai ganjaran untuk pelajar cemerlang.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu, penerima biasiswa akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan dalam negara yang ditetapkan oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: