Saturday, September 12, 2009

Suami Anita Ditetak

Suami Anita Sarawak ditetak oleh sekumpulan penyamun yang bersenjatakan parang ketika cuba mempertahankan diri dalam cubaan samun di Taman Melawati, Ampang.

Kejadian berlaku ketika pasangan tersebut sedang menunggu ibu tiri Anita, Datin Umi Kalthum untuk menjemputnya ke majlis berbuka puasa anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menurut Anita, kejadian berlaku sekelip mata ketika mereka sedang menunggu Umi di luar rumahnya. Namun nasib menyebelahi apabila penjenayah yang disyaki berusia dalam lingkungan 20-an meninggalkan mereka begitu sahaja selepas cubaan menyamun gagal.

Katanya, salah seorang penjenayah berkenaan mengugut memotong tangan Mahathir sekiranya beliau enggan menyerahkan jam tangannya. Mahathir sebaliknya cuba melawan dan mencekik leher lelaki berkenaan sehingga terjadi pergelutan. Akibatnya, kepala suami kepafa Diva Pop berkenaan dilibas dengan parang sehingga berlumuran darah.

"Kak Nita hanya sempat menjerit adik, jangan! Adik, jangan!," kata Anita kepada Utusan.


Bagaimanapun, Mahathir hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Prince Court dan dibenarkan pulang selepas rawatan.

"Mereka seolah-olah cuba menyerang saya namun tergamam dan hanya tercegat. Mungkin mereka dapat cam saya dan dilihat bercakap sesama sendiri sebelum meninggalkan tempat kejadian.

"Kami berdoa agar mereka bertaubat dan agar kejadian tersebut tidak akan menimpa sanak saudara mereka. Apa yang penting, kami selamat," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: