Fizo Omar semakin popular dan dikenali apabila banyak drama bersiri lakonannya ditayangkan. Sekarang Fizo sedang hangat dengan watak Johan dalam drama bersiri Bio-Nik. Malah ada kanak-kanak yang memanggilnya dengan nama Johan kerana mereka terpengaruh dengan drama tersebut. Hasil rezeki itu Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini disambut dengan lebih meriah bersama keluarga di Pasir Putih, Kelantan. Majlis jamuan hari raya anjurannya meriah dan dipenuhi saudara-mara, rakan-rakan dan orang kampung. Walaupun tidak mengadakan majlis rumah terbuka secara rasmi, majlis jamuan tersebut tetap meriah dengan kehadiran tetamu jemputan. "Keluarga saya sendiri memang besar... ini belum lagi datang keluarga sebelah ibu saya di Thailand," kata Fizo kepada Mangga Online. Istimewanya Fizo menyediakan kambung panggang resipinya sendiri. Fizo sendiri yang memerap dan menyediakan pencecah kambing panggang tersebut. "Saya belajar dengan seorang chef untuk menyediakan kambing panggang ini. Saya memang suka memasak dan ingin hidangkan hasil resipi saya sendiri kepada tetamu. "Kalau ikutkan, memang saya mahu memasak juadah lain, tapi tak sempat sebab itulah ayam BBQ disediakan oleh ibu saya," kata Fizo. Fizo memang mempunyai kebolehan memasak. Dia mengikut jejak bapanya yang pakar membuat bahulu klasik. Bahulu Kampung Jawa yang diusahakan oleh bapanya sejak 16 tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan. Makin popular "Alhamdulillah tahun ini hari raya makin meriah sebab kerjaya saya sebagai pelakon semakin menjadi. Tahun ini saya baru nampak hasilnya dan Alhamdulillah ramai pula yang datang hari ini," katanya semasa saya hadir ke majlis jamuan tersebut. Beberapa rakan artis yang berasal dari Kelantan turut memeriahkan majlis yang diadakan di rumah keluarganya di Kampung Jawa, Selising, Pasir Putih, Kelantan itu. Antara yang hadir Danny X-Factor, Aznah Hamid, Suhaimi Lua, Mustapha Kamal dan beberapa orang lagi.
|
Tuesday, September 29, 2009
Fizo Omar rai saudara, kawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dia mcm org yg baik
ReplyDeleteorg kelate si fizzo ni...tp meriah ke raya kat sana aidifitri?..bukan kat sana raya haji bru meriah ke
ReplyDelete