|
|
SYDNEY - Seorang pembantu jururawat di Australia yang mencabul seorang budak lelaki berumur 12 tahun di negeri New South Wales akan dihadapkan ke mahkamah bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 40 tahun dipercayai akan menghadapi lima tuduhan termasuk melakukan perbuatan tidak senonoh.
Laman web sekolah itu menunjukkan, wanita tersebut yang dirahsiakan namanya atas sebab undang-undang sudah bertugas sebagai pembantu jururawat selama beberapa tahun.
Pihak polis percaya satu serangan seksual terhadap budak tersebut berlaku pada lewat malam di dalam kawasan sekolah.
Wanita itu ditahan polis dan dibawa ke sebuah mahkamah pada 18 Ogos lalu atas tuduhan melakukan kelucahan terhadap mangsa beberapa kali antara Januari dan April.
Suspek yang sudah diberhentikan kerja dan kini tinggal bersama keluarganya di utara New South Wales sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: