Tuesday, September 29, 2009

Naza edar Toyota Estima Hibrid


MPV Estima Hibrid pertama yang akan berada di ruang pameran Naza World dijangka menjadi tumpuan peminat kenderaan hibrid tidak lama lagi.


PETALING JAYA - Kumpulan Syarikat Naza, menerusi Naza World akan mula mengedarkan model hibrid kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama di negara ini, iaitu Toyota Estima Hibrid (Estima Hibrid).

Pengurus Besarnya, Richard Tan dalam satu kenyataan media berkata, ia merupakan kenderaan hibrid pertama yang bakal dipasarkan oleh syarikat tersebut di negara ini.

Bagaimanapun, syarikat belum membuat sebarang pengumuman mengenai harga kenderaan tersebut sehingga majlis pelancaran kereta berkenaan yang dijangkakan pada minggu ini.

Estima Hibrid itu merupakan generasi hibrid terbaru yang dilengkapi dengan THS II, yang berperanan memberikan prestasi pemanduan MPV yang lebih baik dan dalam masa yang sama memulihara alam sekitar.

Ciri-ciri THS II ini disandarkan kepada konsep Hybrid Synergy Drive yang mana ia bertujuan meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api, pengurangan penghasilan asap kenderaan, operasi kenderaan yang lebih senyap dan prestasi keseluruhan kenderaan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: