|
|
KUALA LUMPUR - Pengerusi syarikat telekomunikasi U Mobile yang juga suami kepada dramatis, Noniswara Baharudin didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah mengaku mencederakan bekas isterinya empat tahun lalu.
Majistret Mohd. Faizi Che Abu mengarahkan Datuk Rosman Ridzwan dihukum penjara seminggu jika dia gagal membayar denda tersebut.
Rosman, 50, didakwa dengan sengaja mencederakan Azura Ibrahim, 37, di Tingkat 3 Plaza Kuala Lumpur, 179 Jalan Bukit Bintang di sini pada pukul 12.30 tengah hari 8 April 2005.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: