Tuesday, September 29, 2009

Pakaian peserta realiti dikecam


ZOE LUCKER menampakkan
penampilan seksi.



PAKAIAN Jo Wood (kiri) dianggap terlalu seksi.


LONDON - Penonton-penonton program realiti televisyen Strictly Come Dancing mengadu pakaian peserta wanita terlalu singkat dan memalukan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun penari yang menari tarian rentak ballroom terkenal kerana berpakaian seksi, kebanyakan penonton meminta pakaian itu tidak terlalu seksi kerana ia ditonton oleh kanak-kanak.

Terdapat spekulasi bahawa pakaian singkat itu dipakai peserta kerana bajet pakaian dikurangkan.

Pada minggu lalu, penari profesional, Ola Jordan beraksi di pentas dengan memakai skirt amat singkat sehingga seorang penonton menamakannya sebagai sarang labah-labah.

Aktres Laila Rouass dan Zoe Lucker memakai pakaian seperti seorang ahli akrobatik kerana gaunnya yang terlalu singkat.

Seorang lagi peserta, Jo Wood memakai gaun yang mendedahkan sebahagian besar pahanya.

"Mereka (peserta-peserta) sepatutnya memakai pakaian yang anggun berbanding memilih pakaian untuk golongan dewasa," kata seorang penonton.

Bagaimanapun, jumlah penonton program itu ialah 8.7 juta untuk minggu ini yang sekali gus menghampiri bilangan penonton proram realiti nyanyian X Factor mencatatkan 8.7 juta penonton.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: