LONDON - Tentera Laut Diraja Britain semalam merampas sejumlah kokain yang terbanyak pernah dirampasnya dalam satu operasi di Selatan Amerika, kata Kementerian Pertahanan semalam.
Anggota-anggota tentera laut Britain merampas dadah seberat 5.5 tan disorok di dalam sebuah bot nelayan dengan anggaran nilai pasaran sebanyak £240 juta (RM1.3 bilion).
Lantai konkrit kapal nelayan itu dipecahkan dengan tukul besi sebelum kokain tersebut ditemui.
"Ia merupakan rampasan dadah kokain terbesar dalam sejarah tentera laut dan ia merupakan kejayaan penting dalam usaha memerangi penyeludupan dadah," kata Pegawai Pemerintah Kapal HMS Iron Duke, Komander Andrew Stacey.
Sebuah helikopter tentera Laut Britain mengesan sebuah kapal nelayan sepanjang 42 meter dalam keadaan mencurigakan dalam perairan yang terkenal dengan penyeludupan dadah sebelum ia ditahan. Beberapa penyeludup dadah turut ditahan namun tidak ada butir-butir terperinci diperolehi berhubung identiti mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: