Tuesday, September 29, 2009

Presiden Perancis disaman


VILLEPIN



SARKOZY


PARIS - Bekas Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin semalam memfailkan saman terhadap Presiden Nicolas Sarkozy, kata seorang pegawai mahkamah.

Saman itu dikemukakan selepas Sarkozy mendakwa Villepin sudah bersalah dalam kes rasuah yang dikenali sebagai Clearstrem di Perancis.

Villepin menuduh Sarkozy mencabul haknya dengan menuduhnya bersalah walaupun beliau dan empat tertuduh lain sedang dibicarakan di mahkamah.

Menurut undang-undang Perancis, ketua negara mempunyai imuniti daripada tindakan undang-undang dan saman boleh dikemukakan apabila Sarkozy tidak lagi menjadi presiden.

Sarkozy dan Villepin merupakan seteru semasa merebut pencalonan sebagai presiden bagi menggantikan bekas Presiden Jacques Chirac.

Villepin didakwa cuba mencemarkan nama baik Sarkozy. Tindakan itu dilakukan apabila dia dan empat orang lagi terlibat dalam satu plot untuk mencemarkan nama baik Sarkozy dan menjejaskan peluangnya untuk menjadi presiden dalam skandal Clearstrem.

Dalam skandal itu, Sarkozy didakwa terlibat dalam pelaburan haram bersama beberapa tokoh terkenal lain dengan mengemukakan bukti dokumen penyata akaun yang sebenarnya palsu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: