Wednesday, September 30, 2009

Bicara ingkar kahwin Maria Tunku Sabri 30 Oktober




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 30 Oktober depan bagi perbicaraan seorang ahli perniagaan untuk meminda kenyataan pembelaan berhubung tuntutan saman RM5.5 juta yang dikemukakan personaliti TV3, Maria Tunku Sabri (gambar) kerana memungkiri janji untuk mengahwininya.

Tarikh itu diputuskan Penolong Ketua Pendaftar, Nurul Nadia Abdul Razak di kamarnya dengan kehadiran peguam kedua-dua belah pihak.

Menurut peguam Sangeet Kaur yang mewakili Maria (plaintif), semalam sepatutnya mahkamah mendengar permohonan Datuk Wan Johani Wan Hussin, 56, (defendan) untuk meminda kenyataan pembelaan tersebut bagi memberi gambaran penuh berhubung fakta kes.

3 comments:

  1. apa la orang dah tak nak pakasa juga nak kawin apa la manusia sekarang

    ReplyDelete
  2. muka tak tau malu.. sampai naik mahkamah pulak tu.. eeee malu nya.. satu dunia tau.. perigi cari timba..

    ReplyDelete
  3. Mesti ada sebabnya dia nak jugak kawin ngan jantan tu..Kalo tak takkan sampai sanggup naik turun mahkamah pulak..Jangan la reka cerita kalo tak tau ujung pangkalnya..Tak elok main tuduh-tuduh orang ikut selera sendiri..Takut nanti orang tu takde apa-apa, awak plak yang dapat dosa kering..Ngucap dan ishtifar lagi bagus..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: