Pembeli kereta BMW baru kini berpeluang mendapatkan telefon pintar BlackBerry Storm 9500 secara percuma melalui inisiatif kempen Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom).
Kempen tersebut adalah usaha sama dengan dengan Auto Bavaria, anak syarikat milik penuh Sime Darby Group.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, sebagai peneraju pasaran dalam industri perniagaan mudah alih di Malaysia, pihaknya terus menawarkan produk hanya terbaik dan menarik.
Menurutnya, ini bagi memastikan kehendak semua pelanggan telekomunikasi kami dipenuhi.
“Walaupun BlackBerry adalah peralatan produktiviti perniagaan, namun ia kini dikenali juga sebagai peranti gaya hidup yang memperluaskan cara rakyat Malaysia berkomunikasi.
“Oleh itu, kami mempromosikan Storm melalui promosi BMW kerana jenama Auto Bavaria seiring dengan ciri terbaik telefon pintar dari segi gaya dan kualiti kepada pelanggan,” katanya.
Kempen tersebut dilancarkan pada 15 Ogos lalu dan berlangsung selama tiga bulan hingga 15 November ini.
Sementara itu, pelanggan BMW sedia ada pula menikmati diskaun eksklusif bagi telefon pintar itu pada harga hanya RM1,399 berbanding harga asal RM2,499.
Mereka hanya perlu menghantar kereta BMW untuk servis di pusat servis Auto Bavaria bagi mendapatkan baucar diskaun.
Sehingga Ogos tahun ini, Celcom menawarkan liputan jalur lebar sebanyak 71 peratus di kawasan penduduk di Malaysia kepada lebih 400,000 pelanggannya.
“Sebagai penyedia nombor satu bagi jalur lebar mudah alih, BlackBerry Storm juga lebih relevan kepada rakyat Malaysia kerana liputan meluasnya bagi perkhidmatan berkenaan,” kata Shazalli.
BlackBerry baru itu akan disertakan langganan pelan pascabayar Celcom Exec 250 untuk pelanggan runcit dan Business Exec 250 bagi pelanggan korporat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: