Tuesday, September 29, 2009

Flat tempat anak Norlia mati banyak kes jenayah


Rumah Pangsa Murni Titiwangsa di Jalan Gurney yang didakwa banyak berlaku kes-kes jenayah.



KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Rupa-rupanya kejadian jenayah yang berlaku di Pangsa Murni Titiwangsa, Jalan Gurney di sini kelmarin bukanlah kali pertama.

Sejak beberapa tahun lalu, ramai penduduk mendakwa mereka sering menjadi mangsa jenayah seperti ragut dan pecah rumah.

Selain itu, kerap juga penduduk di situ mendakwa mereka kehilangan motosikal, bateri kereta malah minyak motosikal juga dicuri.

Seorang penduduk, Ismail Tahir, 72, berkata, empat bulan lalu rumahnya dimasuki pencuri ketika anak perempuannya berada di rumah dan kelibat pencuri disedari ketika dia keluar dengan membawa lari telefon bimbit anaknya.

"Saya yang berada di luar rumah cuba mengejar tetapi pencuri itu dapat melarikan diri dan bersembunyi di sekitar blok-blok flat.

"Kali kedua, pencuri masuk ke rumah dan mengacukan pisau kepada anak perempuan saya.

"Mujurlah anak saya beritahu saya ada di dapur dan pencuri itu berlari keluar, padahal saya tiada di rumah ketika itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ismail berkata demikian ketika ditanya mengenai kejadian anak pelakon popular Norlia Ghani, Edi Rizal Ramli, 33, yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tujuh rumah flat tersebut ketika mengejar seorang pencuri.

Semasa kejadian, Edi yang bersenjatakan sebatang kayu cuba mengejar pencuri yang dikatakan memasuki rumah jirannya tetapi terjatuh ketika memanjat balkoni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: