Tuesday, September 29, 2009

Tak jawab tuntutan saman suami supaya kembali taat


Manohara


PUTRAJAYA - Isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sehingga kini masih tidak menfailkan pembelaan terhadap saman yang menuntutnya kembali taat kepada suaminya dan tuntutan hutang RM1,112,250 yang difailkan suaminya itu.

Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Fakhry dalam dua kes saman syariah Tengku Fakhry terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot ketika dihubungi berkata, tempoh 14 hari yang diberikan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan telah berakhir pada 21 September lalu.

Beliau berkata, pada 2 Ogos lalu mahkamah itu mengarahkan Manohara memfailkan pembelaan dalam dua kes saman difailkan Tengku Fakhry terhadapnya dalam masa 14 hari sebelum tarikh sebutan kes itu pada 5 Oktober ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa sehingga hari ini (semalam) kami selaku Peguam Syarie Plaintif (Tengku Fakhry) belum menerima pembelaan tersebut dan kami juga tidak menerima permohonan lanjutan masa daripada peguam syarie defendan (Manohara)," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: