Sunday, September 27, 2009

Sekuel puntianak kacak




DEBARAN menanti filem sekuel, New Moon memang kuat dirasakan apatah lagi buat penggemar sejati novel nukilan Stephenie Meyer. Twilight telah membikin fenomena dan kegilaan yang bukan sedikit khususnya percintaan Bella Swan dan Edward Cullen.

Robert Pattinson dan Kristin Stewart yang masing-masing melakonkan watak Edward dan Bella dalam filem arahan Chris Wietz ini bahkan direstui peminat untuk mengikat cinta di luar lokasi.

Gosip hangat yang bertiup mendakwa mereka adalah pasangan cinta lokasi yang berlarutan di alam realiti.

New Moon tidak dapat dinafikan merupakan sebuah filem yang meneruskan lagi keterujaan terhadap filem berasaskan puntianak.

Bukan sebarang makhluk asing tetapi spesies yang dipamerkan ini punya wajah yang tampan dan membuat hati penonton tercangkuk terus untuk menantikan tarikh tayangan seterusnya, November nanti.

Selain Edward dan Bella, New Moon disuntik kehangatan dengan 'drama' percintaan apabila Bella mendapati dirinya lebih selesa berdampingan dengan pemuda kacak, Jacob Black (lakonan Taylor Lautner) berbanding hubungannya dengan Edward yang sentiasa tegang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: