
MENGANDUNG anak pertama adalah momen yang tidak akan dilupakan oleh pelakon, Nirina Zubir.
Dia yang mesra dipanggil 'Na' malah tidak peduli dengan berat badannya yang naik mencanak. Apa yang penting bagi isteri Ernest grup Cokelat ini adalah kesihatan anaknya.
Namun, Nirina tidak dapat bersalin secara normal.
"Doktor memberitahu saya mungkin tidak dapat melahirkan anak secara normal kerana terdapat kelainan pada rahim saya," ujarnya seperti dipetik Kapanlagi.com.
Bagaimanapun, pelakon filem Kaulah Satu-satunya ini menganggap semua itu ada hikmahnya. Dia juga mahu terus berfikiran positif dan cuba mengelak daripada bekerja terlalu kuat.
"Allah sudah mengingatkan kita supaya jangan selamanya mengejar harta. Yang penting bagi saya adalah menjaga anak."
Nirina pasrah dengan ketentuan dan bersyukur dengan kandungannya yang berusia empat bulan kini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: