Tuesday, September 1, 2009

Sambut merdeka dalam tren jadi tradisi KTMB


PARA penumpang Ekspres Wau yang terdiri daripada pelbagai kaum riang menyambut Hari Kemerdekaan di dalam tren ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gemas semalam.


KUALA LUMPUR - Tradisi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara di dalam tren diteruskan oleh pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun ini.

Kali ini, sambutan diadakan dengan tema '1Malaysia Merdeka On Board' di dalam tren Ekspres Wau yang bergerak dari Stesen KL Sentral di ibu negara ke Gemas, Negeri Sembilan malam semalam.

Sepanjang perjalanan, mereka yang menyertai sambutan itu akan merasai suasana perpaduan yang terjalin di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menariknya, majlis yang diadakan itu turut merai kira-kira 30 warga emas yang lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan selain disertai rakyat berbilang kaum termasuk pelancong asing.

Pengurus Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi berkata, KTMB menjadikan sambutan kemerdekaan di dalam tren sebagai satu tradisi sejak bertahun-tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: