KUALA LUMPUR - Biarpun ringkas dan sederhana, impak sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 peringkat nasional tetap bersemarak dengan semangat 1Malaysia apabila pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan keturunan bersama-sama meraikannya semalam.
Bertemakan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan', sambutan Hari Kemerdekaan kali ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Dataran Parlimen yang menjadi simbol demokrasi berparlimen di negara ini.
Dataran Parlimen yang sering menjadi lokasi acara menyambut pembesar-pembesar dari negara luar dalam upacara penuh adat istiadat, semalam diwarnai dengan persembahan para peserta yang berpakaian berwarna warni serta anggota pasukan keselamatan yang segak dengan uniform masing-masing.
Perhimpunan perbarisan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tepat pada pukul 8 pagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: