Tuesday, September 1, 2009

Gaduh: Ibu jari nyaris putus


EH CHAN yang cedera parah di tangan dan kepala akibat ditetak jiran dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."

Gara-gara memarahi seorang jiran yang melanggar basikal anaknya, seorang lelaki berketurunan Siam cedera ditetak dengan parang dalam kejadian di Kampung Berek 12 dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi, mangsa Eh Chan a/l Cha Put, 57, yang hampir putus ibu jari dan cedera tiga jari lain pada tangan kiri serta kepala dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Bagaimanapun, dia yang bekerja sebagai pemandu itu dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menyambung semula ibu jarinya yang hampir putus serta menjahit kesan koyakan di kepalanya.

Eh Chan ketika ditemui di HRPZ II berkata, kejadian berlaku selepas dia memarahi jirannya seorang lelaki yang menunggang motosikal dan terlanggar basikal anaknya yang diletakkan berhampiran rumahnya.

Ekoran itu katanya, berlaku pertengkaran mulut antara mereka menyebabkan jirannya itu tiba-tiba menumbuk mukanya sebelum berlari pulang dan datang semula dengan sebilah parang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: