Tuesday, September 1, 2009

Rindu rakam suara


KEMELESETAN ekonomi dunia yang melanda sekarang menjadi halangan kepada ramai penggiat seni untuk meneruskan agenda mereka.

Seperti artis lain, Leina Hangat atau nama sebenarnya, Norazlina Abd Rahman, 37, berkata kerinduan untuk merakam suara untuk album baru tidak boleh diubat dengan persembahan pentas.

"Walaupun lama tidak merakam suara, itu tidak bermakna saya tidak mahu memiliki album baru.

"Kali terakhir saya muncul dengan dalam bahasa Tamil pada 2001 bersama kumpulan The Girls," katanya.

Kumpulan The Girls yang dianggotai tiga orang gadis Melayu dan dua gadis India.

Mereka terdiri daripada Lein sendiri, Zuraidah Kamaruddin, Norazimah Mustafa, Sharmila Kesavan dan

Jessica Narayanan.

Gadis kelahiran Johor Bahru ini juga menyatakan keinginannya untuk merakamkan suara secepat mungkin walaupun lapan tahun sepi tanpa album sendiri.

"Saya rindu sangat untuk masuk studio semula. Saya kini hanya 'merakamkan' lagu di bilik mandi sajalah.

"Saya memang merancang merakamkan album, tetapi saya terpaksa tunggu dulu tahun ini.

"Saya berharap mungkin saya dapat merakamkan album sendiri tahun depan," katanya.

Bagaimanapun, Leina tetap hangat sepanjang Ramadan ini dengan persembahan pentas di hotel.


"Sekarang saya sibuk dengan persembahan menghiburkan tetamu yang hadir berbuka di hotel berkenaan.

"Salah satunya adalah Hotel Carlton Holiday Hotel & Suites di Shah Alam.

"Ketika bulan mulia inilah, artis seperti saya yang kerap sibuk dengan tugasan harian dapat meluangkan masa dengan masyarakat yang banyak menyokong kami.

"Selain itu jika ada majlis meraikan anak yatim dan ibu tunggal juga, kami rakan artis kerap terbabit dalam persembahan begini apatah lagi di bulan mulia Ramadan ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: