Sunday, September 27, 2009

Rahsia senyuman Layla


Layla


HARI-hari yang dilalui Layla penuh dengan keceriaan. Sebolehnya, si manis ini tidak mahu langsung terpancar riak duka biar pun diri sedang dilanda masalah.

“Saya seorang yang sentiasa ceria dan tak suka bersedih. Bukan apa, bersedih hanya akan membuatkan kehidupan harian terganggu dan ia mempengaruhi perwatakan kita,” katanya.

Jelasnya, perwatakan tidak gembira hanya menyukarkan diri terutama sekali dalam pergaulan.

“Saya menyukai persekitaran yang positif dan mesra. Andainya terasa ada yang tidak kena, saya sendiri akan cuba mengawalnya,” katanya yang masih dalam mood berhari raya.

Aidilftri kali ini disambut Layla bersama keluarganya di Johor.

“Seperti biasa, satu Syawal sangat bererti bagi saya kerana ketika inilah dapat bertemu sanak-saudara tidak kira jauh atau dekat,” ujarnya sambil tersenyum.

Amat meminati seni dan kreativiti, siapa sangka wanita ini berkebolehan melukis potret dan pemandangan. Selain itu, dia juga mula mempelajari seni menjahit manik yang boleh dikatakan agak rumit demi menghasilkan pakaian mengikut cita rasa sendiri.

“Memang sukar, tetapi bila dah mula buat rasa seronok pula,” ujarnya yang memperindahkan sendiri busana Aidilfitri lalu mengikut kehendak sendiri.

Berpeluang mencuba set wangian One Drop Perfumes yang menaja ruangan ini, Layla berpendapat ia mempunyai himpunan haruman yang menyegarkan dan pilihan yang pelbagai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: