![]() |
| PEMAKAIAN tudung perlu serasi dengan bentuk wajah. |
PENERIMAAN busana Muslimah kini semakin mendapat sambutan. Mana tidaknya, ia bukan sekadar busana yang dianggap kolot tetapi menjadi trend fesyen yang semakin digemari.
Shamensi Busana Muslim misalnya, mereka pelbagai pakaian Muslimah sesuai untuk lebaran, pejabat dan kasual.
Konsep di Shamensi ialah fesyen pakaian yang praktikal dan menepati syarak.
Potongan
Walaupun kehadiran busana Muslim yang lain semakin berkembang, Shamensi melihat aspek-aspek berkaitan tuntutan agama amat kurang diambil perhatian seperti menggunakan jenis tekstil yang jarang atau mengikut potongan badan.
Shamensi dari ‘Fesyen Busana Muslim’ kepada ‘Melengkapi Keperluan Ibadah Muslim’ telah berjaya memberi satu petunjuk baru dalam meneroka ruang pasaran.
Jualan bermusim seperti jualan ‘keperluan pakaian sekolah’ dan ‘jualan sempena hari raya’ turut memberi sumbangan besar kepada kemajuan syarikat kerana ia dikeluarkan menerusi kilang sendiri.
Kini, Shamensi mempunyai tujuh cawangan iaitu di Bandar Tun Razak, Taman Kosas, Bandar Tun Hussein Onn, Greentown Nova, Ipoh, Greentown Mall, Ipoh, Ampang Selangor dan Temerloh, Pahang.
Dalam pada itu, Shamensi terpanggil untuk memberi alternatif busana Muslim kepada penggemar jubah terutamanya umat Islam sejak 18 tahun dahulu.
Busana ini bukan sahaja menjual busana Muslim tetapi mendidik masyarakat dengan cara mengetengahkan busana Muslim yang mengikut syariat.
Justeru itu, Shamensi telah memperkenalkan pakaian-pakaian yang eksklusif kepada para pelanggan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: