Sunday, September 6, 2009

Penelope simpan watak




PENELOPE Cruz menganggap lakonan adalah satu pekerjaan yang memenatkan. Apatah lagi saat-saat untuk mempertahankan emosi yang bertentangan dengan dirinya sendiri.

"Saya selalu ketakutan dan gelisah ketika berada di lokasi penggambaran. Saya perlu simpan emosi dan watak dalam tempoh yang agak lama. Kadang kala sehingga tujuh jam. Saya terperangkap dalam diri sendiri dan lemas," katanya.

Mengenai soal lakonan, Penelope menimba pengalaman semasa kecil ketika berada di salon ibunya. Caranya adalah dengan meniru percakapan dan perbuatan pelanggan-pelanggan ibunya semasa di sana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: