Sunday, September 6, 2009

Bipasha benci rokok




PELAKON Bipasha Basu baru-baru ini enggan merokok apabila diminta pengarah filem Pankh, Sudipto Chattopadhyay dan produser Sanjay Gupta. “Saya tidak mahu terlibat dengan sebarang adegan merokok dalam filem kerana tidak mahu menggalakkan penonton untuk melakukan perbuatan itu.

Ia juga boleh menyebabkan mereka salah tanggap kepada saya,” katanya.

Bipasha juga pernah menolak untuk melakonkan perbuatan itu semasa menjayakan video korporat Madhur Bhandarkar walaupun dipandang serong oleh orang sekeliling yang berada ketika itu. “Kalau ada orang lain lagi memaksa saya menghisap rokok, saya akan pastikan putung rokok itu dipadamkan di pakaian mereka,” tegas wanita ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: