Monday, September 28, 2009

Pakar tiket Liverpool hisap kokain


Gambar menunjukkan Cullen menghisap kokain.


LONDON – Sebuah akhbar semalam mendedahkan seorang pakar keselamatan yang bertugas dengan kelab bola sepak Liverpool, George Cullen merupakan seorang pembekal kokain dan pelacur.

Cullen merupakan seorang yang dihormati di Stadium Anfield milik Liverpool kerana dia mengendalikan sistem tiket eletronik yang dipercayai mampu mengatasi masalah samseng bola sepak.

Ahli perniagaan itu didapati menghidu kokain dan membekalkan dadah selain menyediakan perkhidmatan pelacuran kepada pelangan-pelanggan.

Bayaran yang dikenakan terhadap pelanggan pelacur itu ialah £150 (RM834) sejam.

“Ramai orang menyatakan anda tidak sepatutnya mencampurkan bisnes dengan keseronokan tetapi ia tidak betul,” katanya kepada seorang pemberita yang menyamar sebagai seorang pemilik sebuah stadium yang berminat dengan sistem tiket elektronik yang dipeloporinya.

Pemberita-pemberita itu kemudian dibawa melawat Stadium Anfield.

“Saya membawa beberapa kokain bersama saya. Ia cuma £100 (RM556) satu gram. Kokain itu adalah yang terbaik yang anda boleh peroleh,” kata Cullen.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah kemudian datang dan dia menghidu kokain itu manakala seorang lagi wanita turut hadir untuk menawarkan sesi seks.

Bagaimanapun, pemberita yang menyamar itu membayar £150 (RM834) kepada kedua-dua wanita tersebut kerana menghabiskan masa bersama mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: