
BEYONCE (dua dari kanan) berjalan bersama dua anggota keselamatan semasa dia berada di litar lumba F1 di Marina Bay, Singapura kelmarin.
SINGAPURA - Penyanyi terkenal, Beyonce menjadi tumpuan orang ramai di litar sukan lumba kereta Formula Satu (F1) Grand Prix di Marina Bay di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Beyonce yang terkenal menerusi lagu Hello memakai seluar pendek dan baju yang mendedahkan bahagian dadanya.
Penyanyi itu kemudian menemui pelumba kereta dari Britain, Lewis Hamilton dan bapanya, Anthony.
Beyonce berada di Singapura kerana dia membuat persembahan dalam konsert LG malam kelmarin.
Ketika ditanya sama ada dia peminat lumba kereta F1, Beyonce berkata: "Ya, saya."
Namun, dia enggan menyatakan pasukan yang menjadi pilihannya.
Beyonce akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 25 Oktober depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: