![]() |
| pengguna harus mendapat khidmat nasihat daripada perunding kecantikan bagi mempelajari gaya solekan yang sesuai. |
ADALAH tidak lengkap penampilan pada wanita tanpa calitan solekan walaupun hanya sekadar mengenakan lipstik. Begitupun wajah akan bertambah ceria dan ayu sekiranya mengenakan solekan yang sempurna dari asas hinggalah alat solek yang sebenar.
Malangnya bukan ramai wanita yang pandai bersolek dan mengikuti langkah-langkah yang sebenarnya penggunaan sesuatu alat solekan. Ada yang pakai sesuka hati asal cantik di mata mereka sedangkan di mata orang lain nampak tidak menarik.
Justeru itu, ramai yang menggunakan khidmat jurusolek bagi memberi penampilan yang berbeza. Antara jurusolek yang telah mendapat pengiktirafan industri fesyen dan solekan ialah Kres Kuang.
Beliau ialah pengasas kepada Yipieyaya Studio dan Mermaid Wedding Conceptual Store.
Kres dikenali sebagai jurusolek yang memberi stail versatil, estetika dan sentuhan sebenar seorang artis.
Berpengalaman 17 tahun 'bermain' dengan produk solekan telah mendewasakannya dalam selok belok mencantikkan wajah seorang wanita.
Baru-baru ini, Kres telah mengadakan demonstrasi solekan sempena pelancaran SK-II Skin Signature Cream-in Foundation. Bedak asas SK-II baru ini adalah rangkaian terbaharu Skin Signature Series.
Bekerja dengan model di pentas, Kris menunjukkan langkah demi langkah bagi memberi penampilan yang begitu mengesankan dengan menggunakan bedak asas itu.
Dia juga menunjukkan bagaimana bedak asas boleh digunakan bagi mencipta lebih banyak ciri tekstur di wajah, kesan 3D pada tulang pipi dan tulang pipi yang kemerah-merahan.
Sebagai artis solekan yang telah bekerja dengan pelbagai wajah sepanjang kariernya, Kris memberitahu, adalah penting bagi seseorang itu memilih bedak asas yang sesuai kerana ia dipakai seharian.
''Bedak asas yang terbaik dan sesuai bukan sahaja menampilkan kecantikan tetapi menggebukan kulit, seperti SK-II Skin Signature Cream in Foundation. Ia tidak akan merosakkan kulit anda,'' katanya di Pavilion baru-baru ini.
Skin Signature Cream-in Foundation menyediakan kesan penghabisan yang cantik dan meningkatkan kuasa kulit.
Ia mengandungi 75 peratus bahan pelembap perawatan kulit. Bedak asas ini memberi tekstur melembap secara berterusan seharian dan kesan yang lembut dan lembap dengan warna krim putih dan warna kuning air.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: