Sunday, September 13, 2009

Marshanda pulih sakit jiwa?




Marshanda kini semakin pulih daripada gangguan perasaan yang dialaminya. Dia juga boleh menyambung pelajarannya yang tertangguh selama ini.

Dia pernah dirawat di hospital sakit jiwa akibat tekanan yang dialaminya tetapi kini keadaannya semakin stabil.

Marshanda meneruskan kuliahnya seperti biasa dan perlu selalu berjumpa doktor untuk memastikan keadaannya benar-benar sembuh. Namun menurut pengurusnya Chacha, walaupun pada awal memulakan kuliah dia berasa aneh tetapi kini dia sudah dapat menyesuaikan diri dan seronok. Teman-temannya juga sangat mengambil berat dan tidak pernah bertanya tentang penyakit yang dialaminya sebelum ini.

Bagi memastikan dia tidak tertekan lagi, Marshanda tidak dibenarkan oleh doktor untuk meneruskan kariernya dalam bidang lakonan sehinggalah dia benar-benar sembuh. Dia hanya dibenarkan menyanyi namun dengan syarat tidak terlalu memaksa diri dan dinasihati untuk meneruskan kerjayanya selepas Hari Raya nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: