|
|
KETIKA Bipasha Basu, Rani Mukherjee dan Sushmita Sen menayangkan aset tubuh mereka di layar putih dengan memakai bikini, berlainan pula dengan Rituparna Sengupta yang belum bersedia untuk berbuat demikian dalam filem terbarunya, Donno Y... Naa Jane Kyun.
Keengganan Rituparna itu menyebabkan pereka fesyen Rehan terpaksa menghabiskan masa tiga jam untuk menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan susuk tubuhnya.
‘‘Saya tidak mahu sesuatu yang kurang glamor. Sekiranya saya ada adegan memakai bikini dalam filem, saya boleh melakonkannya. Tapi sebelum itu, saya perlu menurunkan berat badan agar kelihatan cantik di skrin,” katanya.
Perkara itu turut diperjelaskan kepada pengarah filem itu, Sanjay Sharma yang kecewa apabila babak itu terpaksa diubah pada saat-saat akhir.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: