
“Bulan puasa kali ini Liana begitu sibuk sehingga tidak sempat untuk membeli juadah berbuka di mana-mana bazar Ramadan,” katanya.
Biarpun agak sibuk dengan jadualnya, Liana bertuah kerana ibu dan bapanya sering menyiapkan juadah berbuka puasa di rumah.
“Nasib baiklah saya tinggal dengan famili. Jadi ringanlah sedikit bebannya untuk menyediakan juadah berbuka,” katanya lagi yang kini sibuk dengan penggambaran drama ‘Nurin Qistina’.
Di lokasi penggambaran, Liana menimba satu pengalaman baru apabila dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama krew produksi.
“Krew semua makan banyak sangat! Selagi boleh masuk perut, semua mereka masukkan,” katanya terkejut.
Liana juga amat merindui zaman kecil ketika menjelang raya.
“Seronok sangat dulu kalau dapat bantu nenek bakar bahulu,” katanya.
Banyak yang berubah pada Liana dalam Ramadan tahun ini berbanding tahun lalu yang lebih relaks. Bagaimanapun apa yang penting itu tidak mematahkan semangat Liana untuk terus maju dalam bidang seni.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: