![]() |
| ANNA suatu ketika merupakan pengawal peribadi paling terkenal di Rusia. |
SIAPA kata wanita cantik tidak boleh menjadi pengawal peribadi? Bagaimanapun, malangnya, seorang pengawal peribadi wanita paling terkenal dari Rusia, Anna Loginova, 29, mati selepas gagal menyelamatkan kereta Porsche miliknya dalam satu insiden rampasan di Moscow, 30 Januari tahun lalu.
Biarpun hebat dalam seni mempertahankan diri dan mahir mengendalikan senjata, Anna yang terkenal dengan gerakan Jujitsu ini mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala selepas tangannya berpaut di pintu kereta sebelum tubuhnya diseret di jalanan pada kelajuan tinggi.
Sebelum kematiannya, dalam satu temu bual bersama sebuah majalah lelaki Moscow, Anna menegaskan bahawa dia dan kumpulan pengawal peribadi wanitanya boleh memberikan khidmat perlindungan yang jauh lebih baik daripada pengawal peribadi lelaki yang disifatkan mempunyai teknik perlindungan yang kolot.
Mendapat latihan daripada bekas pegawai KGB untuk memberi kawalan rapi kepada para bilionair Moscow termasuk isteri dan teman sosial mereka, Anna sangat bangga menjadi seorang pengawal peribadi wanita.
"Saya adalah wanita dan mempunyai naluri keibuan. Walaupun pekerjaan saya begini, saya bukan terminator.
"Lelaki normal mudah rimas apabila pengawal peribadi lelaki sering mendampingi mereka setiap masa.
"Tambahan pula, banyak restoran mewah tidak membenarkan pengawal peribadi berada di dalam premis. Mereka boleh masuk memeriksa kawasan tetapi mereka akan diarah untuk tunggu di lobi sahaja.
"Berbanding pengawal peribadi wanita, mereka dibenarkan masuk. Mereka akan duduk semeja dan tiada yang syak mereka adalah pengawal peribadi yang boleh bertindak pantas sekiranya berlaku sebarang ancaman," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: