SITIAWAN - Keprihatinan kapten kapal dagang MV Boron dari Syria menyelamatkan nyawa 17 anak kapal kargo MV Hodasco 15 yang karam di perairan Pulau Perak, kira-kira 48 batu nautika dari sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi, semua anak kapal MV Hodasco 15 dapat diselamatkan kerana kapal MV Boron semasa kejadian berada tidak jauh dari lokasi itu.
Kapten kapal MV Hodasco 15, Le Hoang Wuan, 46, berkata, kapal miliknya yang berdaftar di Mongolia dan membawa muatan besi seberat 6,045 tan ketika itu dalam perlayaran dari Kolkotta, India menuju ke China.
"Semasa melalui perairan di Pulau Perak tidak jauh dari Pulau Pangkor pada pukul 10 malam saya mendapati kapal kargo kami bocor di bahagian perut kapal dan ia gagal diperbaiki.
"Kami mula cemas kerana air laut mula masuk ke perut kapal.
"Saya kemudian mengarahkan semua anak kapal memakai jaket keselamatan dan bersiap sedia untuk terjun dari kapal yang mula tenggelam," katanya ketika ditemui di Jeti Jabatan Perikanan Kampung Acheh dekat sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: